menarik iaitu pasal amalan turun temurun nenek moyang kita yang mungkin masih diamalkan oleh kita mahupun yang sudah hilang ditelan arus kemodenan zaman.
Kalau dulu time kecil2 kita selalu diingatkan oleh mak ayah kita tentang sedikit pantang larang dalam kehidupan ini. Aq masih ingat tentang beberapa perkara dan ada yang masih aq amalkan sampai sekarang. Mungkin ada di antara kita yang masih mengamalkan amalan2 ini mengikut budaya msing2lah....
Kekadang kalau difikirkan balik ada sebab mengapa nenek moyang kita membuat amalan2 dimana hampir kesemuanya memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita walaupun kita sekarang berada di zaman moden.Jadi sama- samalah kita kongsikan amalan2 yang masih dipraktikkan yang mampu memberi manfaat kepada pembaca yang lain. Antara amalan yang di amalkan sejak zaman nenek moyang aq dahulu ialah....
MAKAN GUNA TANGAN
Pasti ramai di antara kita yang masih mengamalkan amalan ini walaupun kita selalu didedahkan dengan budaya dari luar seperti Barat dan Cina di mana mereka makan menggunakan sudu garpu mahupun chopstick. Sememangnya makan menggunakan tangan adalah amat baik untuk penghadaman kerana mengikut kajian saintifik di jari manusia ni terdapat enzyme yang berfungsi untuk menghadam makanan yang kita suapkan ke dalam mulut.
JANGAN POTONG KUKU WAKTU MALAM
Hah...Yang ini memang aq selalu ingat sampai mati. Apa tidaknya aq pernah di marah oleh arwah emak ku bila aq potong kuku time maghrib. Dia kata pantang kalau kita potong kuku waktu malam ni. Lepas peristiwa tu, aq memang selalu mengamalkan potong kuku waktu siang. Kalau aq fikirkan balik memang ada baiknya x memotong kuku waktu malam iaitu dapat mengelakkan mata ni daripada rabun malam. Jadi trima kasih banyak2 la mak sebab ajar aq. Hehehe..
CUCI KAKI SEBELUM TIDUR
Orang dulu-dulu selalu menyediakan air didepan anak tangga bertujuan untuk cuci kaki sebelum naik rumah. Diorang juga selalu mengingatkan supaya sebelum tidur cuci kaki sebab takut dapat mimpi yang buruk time kita tidur. Aq pun sampai sekarang ni masih cuci kaki sebelum tidur. Tapi sebenarnya ianya bertujuan untuk membersihkan kaki kita daripada kotoran selepas kita berjalan ke sana sini pada saat kita berjaga. Baguskan amalan ni.. Hehehe..
TUTUP TINGKAP BILA MAGHRIB
Kalau amalan ini memang femes dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung2. Aq dulu pun selalu gak disuruh oleh kakakku untuk tingkap rumah sebelum azan maghrib berkumandang. Tapi ini memang banyak faedahnya pada waktu sekarang terutamanya untuk mengelakkan penyakit nyamuk AEDES. Haha.. Sekarang ni penyakit demam denggi memang semakin banyak di negara kita, Jadi apa slaahnya kita praktikkan amalan turun temurun ini. Sama2 la kita mencari manfaat daripada musibah. Hehe.
Jadi memang ternyata kebanyakan amalan2 yang di amalkan dulu kala memberi manfaat yang besar buat masa sekarang ni. Lagi2 buat mereka yang tinggal di bandar. Memang kebanyakan daripada kita ni sudah lupa amalan2 yang sebegini rupa. Jadi buat sesiapa yang ada amalan2 yang bermanfaat bolehlah di kongsikan bersama... hehehe....
selalu ingat cuci muke sebelum tido
ReplyDeletecuci kaki selalu lupe =.=''
bgus r tu drpda xde langsung yang di cuci... kan3....
ReplyDelete