Tuesday, February 8, 2011

Kisah Pengajaran.....

Salam buat semua readers... Kali ni nak kongsi sedikit cerita yang banyak pengajaran di dalamnya.. Cerita ni saya dapat melalui kawan saya yang mengemailkannya... Memang banyak pengajaran yang boleh kita perolehi melalui cerita ini.. So baca la sambil menilai diri kita dengan mesej yang ingin disampaikan melalui cerita ni..


Aku ada seorang rakan baik sejak dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah, yang
bernama Kim Boon He. Kitorang memang boleh dikatakan sebagai adik beradik yang amat rapat. Selepas SPM, aku sambung pengajian ke tingkatan 6 manakala Kim dihantar ke Amerika oleh keluarganya untuk melanjutkan pelajaran.


Kenangan sewaktu zaman kanak-kanak sehingga ke zaman dewasa terlalu banyak kami kongsikan. Setiap kali hari raya menjelang, Kim pasti mengunjungi rumahku untuk menikmati dodol yang ayahku buat. Kekadang Kim juga selalu turut serta sekiranya ada kenduri kendara di rumahku.

Aku pula jarang pergi ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti Tahun Baru Cina dan sambutan hari jadinya. Lagi satu sebab adalah anjing peliharaanya yang tampak garang. Dan yang bagusnya dengan Kim ni aku dapat belajar Matematik. Kira Kim ni guru tuisyen aku la dulu.

Begitu banyak kenangan aku dengan Kim ni seperti memancing, ponteng sekolah dan macam- macam lagi, semuanya dikongsi bersama. Apa yang ingin ku tekankan di sini ialah perbezaan warna kulit dan agama tidak pernah menjadi batu penghalang persahabatanku dengan Kim.

Setelah 20 tahun berlalu, Kim menetap di Amerika setelah mendapat pekerjaan di sana. Itu apa yang aq tahu daripada kakaknya.Kami tidak berhubung ketika itu sebab maklumlah pada zaman kami dulu tiada internet, email,mahupun  telefon bimbit, yang adapun cuma menghantar poskod ataupun surat untuk bertanya khabar. 

Suatu pagi........ Aku bertembung dengan kakanya Kim Loo Hin di pasar malam, dia memberitahu bahawa Kim akan pulang akan ke tanah air. Apa yang mengejutkan aq ialah kakaknya memberitahu.." his name is no longer Kim Boon He, his name now is Muhammadk Khusyairi Kim since 3 years ago".

SubhanAllah!! Syukur alhamdulillah, rakan baikku telah diberikan hidayah oleh Allah SWT. Aku memang tidak sabar untuk menemui Kim lagi-lagi setelah dia menjadi saudara seagamaku. Hari yang ku tunggu- tunggu telah tiba, dan petang iti aku telah bertemu Kim di rumahnya. Ada satu keraian yang istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba tetamu sudah berkurangan.


Itulah kalimat yang keluar dari mulutnya pada saat itu. Wajahnya sudah banyak berubah, mukanya nampak redup dan tenang.Aku menjawab salamnya dan memeluknya sambil menangis seperti pasangan kekasih kerana sudah terlalu lama berpisah.

'Ini dia olang suda manyak lama kawan, dali kecil ini dua olang' Ibu Kim menjelaskan kepada tetamu perihal kami yang berpelukan dan menangis itu. Aku menangis bukan kerana apa, aku berasa sebak dan terharu dengan pengislaman kawan baik aku tersebut.

Kemudian, kim mengajakku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau msaih fasih berbahsa melayu walaupun sudah lama tinggal di Amerika.

"Talhah, kau kawan baik aku kan? Betul tak?.."

"Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?..."

"Kalau kau kawanku, kenapa kau biarkan aku diseksa?.."

"Sorry Kim.. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?"

"Cuba kau fikir, kita ni berkawan sejak kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu second house bagi aku. Tapi, mengapa kau tak pernah ceritakan padaku tentang Islam? Mengapa aku berada di US baru aku  dapat belajar tentang islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ini? Dan mengapa aku diislamkan oleh seorang bekas paderi Kristian?"

Aku terdiam dan kelu tidak dapat menjawab pertanyaan rakanku.Dan Kim terus berkata-kata.

"Kalau betullah kau ni kawan baikku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia sahaja? Kau suka tengok kawan kau diseksa di neraka? Kau tahu kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam sampai aku mati. Aku akan dakwa semua Melayu muslim di kampung kita ini kerana tidak menyampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluargaku dan semua non-muslim di kampung ini."

"Kau sedar tak kau telah diberikan nikmat yang besar oleh Allah kerana dilahirkan dalam keluarga Islam, tapi nikmat tu bukan untuk kau nikmati seorang diri, ataupun untuk keluarga kau sendiri. Kau dilahirkan dalam Islam adalah untuk menyampaikan Islam pada orang-orang yang bukan dilahirkan dalam Islam seperti aku."

Aku masih duduk terdiam dan tertunduk kerana malu.

"Berdakwah adalah tugas Muslim yang paling utama, sebagai pewaris nabi, penyambung risalah. Tetapi apa yang ku lihat kebanyakan Melayu ni tak mempunyai semangat jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah. Macam mana Allah nak menolongbangsa Melayu kalau bangsa Melayu itu sendiri tidak menolong agama Allah."

"Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal, sepatutnya kau gunakan nikmat ini dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum berdakwah,jangan kau fikir kau sudah bersyukur kepada Allah."

"Dan satu lagi, jangan kau dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar.Kalau kau sudah sampaikan seruan dengan betul kepada mereka dan mereka ingkar dan berpaling barulah kau boleh panggil mereka kafir."

Aku menjadi amat malu kerana apa yang dikatakan oleh Kim adalah benar, dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku amat sibuk memperbaiki amalan diriku sendiri sehingga aku lupa akan tugasku yang sebenar-benarnya iaitu untuk menyampaikan dakwah.

Sekarang aku mulai faham bahawa kalau tugas dakwah ini dilaksanakan, Allah akan memberi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat.

Petang itu aku pulang dengan semangat yang baru. Aku ingin berdakwah! kim yang baru memeluk Islam 3 tahun lalu itu pun telah berjaya mendakwah lebih 20 orang termasuk adiknya.Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen?) tidak pernah hatta seorang pun orang bukan Islam aku sampaikan dengan serius tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampunkan diriku yang tidak mengenali erti nikmat dilahirkan sebagai islam.

p/s: Dikongsi untuk pengajaran bagi kita muhasabah diri kita...




No comments:

Post a Comment

Share Jangan Tak Share