Kalau kita fikirkan sewaras2 akal kita, adakah kita hidup ini mengikut jalan yang telah disediakan oleh yang Maha Pencipta yakni Allah SWT? Adakah kita yakin bahawa kita ni akan terhindar daripada dosa dan akan masuk ke dalam syurga yang Allah telah janjikan kepada hambaNYA yang beriman? Adakah kita sudah membawa bekalan akhirat yang mencukupi untuk menghadap Tuhan sekalian alam? Cukupkah sudah amalan kita untuk berjaya di padang mahsyar nanti? Adakah kita yakin bahawa kita akan terhindar daripada tersiksa daripada kepanasan api neraka di akhirat kelak? Atau adakah kita sudah benar2 yakin bahawa kita akan berada di taman kenikmatan yakni syurga untuk selama2nya? Marilah kita bersama2 berfikir sedalam2nya tentang apayang telah kita buat selama kita hidup di dunia ini. Adakah patut kita menyesali atau merasa cukup dengan apa yang kita telah buat selama ini'?